Laporan Penyertaan Program Festival Usahawan Perlis 2025
25 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 hingga 26 Oktober 2025, MCMC dan NADI telah mengambil bahagian dalam Festival Usahawan Negeri Perlis 2025 yang berlangsung di Dewan Wawasan 2020, Kangar. Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan peranan dan perkhidmatan pintar NADI kepada masyarakat, termasuk pendaftaran MyDigital ID yang disediakan di Pusat NADI.
Sepanjang program, MCMC dan NADI turut membuka kaunter aduan MCMC dan kiosk pendaftaran MyDigital ID bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkaitan isu komunikasi dan multimedia. Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan di booth seperti pendaftaran ahli baharu NADI, Kuiz Safe & Shield, dan Kuiz Kempen Internet Selamat yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.
Penyertaan ini memberi peluang kepada NADI untuk mendekati masyarakat, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital, serta memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi dan komuniti. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan NADI sebagai pusat sebaran maklumat digital yang mesra komuniti dan berperanan penting dalam pembangunan masyarakat digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: